Readers:

Untuk Menilai, Jauh Sama Sekali

on Saturday, February 4, 2012


  • Rentetan dari post sebelum ini, saya terdetik untuk menulis tentang satu dilema yand dihadapi oleh saya serta masyarakat sekeliling. Kekeliruan, keyakinan dan keseronokan di dalam menilai orang lain sudah tentu tiada tolok bandingnya. Terutama dari segi baik&jahat, betul&salah, bersih& kotor, mulia&hina.

  • Saya ceritakan satu kisah yang mana mungkin dapat menjadi pemangkin kepada kita semua untuk satu perubahanan mentaliti ke arah lebih baik(InsyaAllah):



1) Seorang rakan memasuki bilik kita dalam keadaan berseluar pendek, terus terdetik di hati kita dengan mengatakan "Apahal la mamat ni masuk bilik pakai seluar pendek dah la x tutup aurat, kau memang kena murka Allah la budak jahat x tutup aurat". 

2) Seorang rakan kita sedang bercinta berpegangan tangan, kita melihatnya terus bermonolog dengan mengatakan, "sah la korang berdua, berdosa la tuh, aku lagi baik, dah la x bercinta x buat maksiat pula"

3) Seorang rakan kita free hair, kita yang tidak free hair pula berkata, "Kau tengoklah nanti di akhirat kenalah kau dengan azab Allah, free la lagi bajet cantik la free hair tu"

4) Kita melihat rakan kita selalu mencarut, kita terus terdetik dalam hati "mamat ni tak boleh buat jadi kawan ni, perangai mencarut je selalu konfirm bukan budak baik ni".

5) Kita melihat dua orang pemimpin, seorangnya alim ulamak, seorang lagi tidak ada ilmu agama, lantas kita yang bijak pandai ini terus mengatakan, "lebih baik aku dengar pemimpin yang ada ilmu agama lagi banyak, yang x ada ilmu agama tu confirm2 x sembahyang and dah la x tutup aurat, memang calon neraka la dia ni"

Perkara tersebut mungkin pernah terjadi kepada kalian bahkan saya sendiri pun pernah berfikiran seperti itu.
Namun, rakan-rakan, apa yang kita lakukan itu salah sekali. SIAPALAH KITA INI UNTUK MENILAI ORANG LAIN. 

Hal ini kerana, pernah diriwayatkan satu kisah, yang mana seorang PELACUR yang memberi minum seekor anjing, wanita tersebut terus diberi jaminan ke syurga Allah.

CUBA BAYANGKAN jikalau wanita pelacur itu berada di hadapan saya sekarang, boleh kalian bayangkan apakah perkataan yang akan terhambur dari mulut saya?

"Celaka kau perempuan murahan!"
"Pergi mampus la kau pelacur, nak kawan dgn aku pula"
etc....

SEMESTINYA, saya menghina-hina perempuan tersebut seolah-olah saya lagi baik dari wanita tersebut, NAMUN, siapa sangka, wanita pelacur yang kita hina itu adalah penghuni syurga Allah. Kita ni yang kononnya lagi baik daripada wanita tersebut tadi adakah CONFIRM kita akan ke syurga Allah? 

Kita tidak tahu darjat seseorang itu di sisi Allah. Mungkin di mata manusia dia adalah hina, namun di mata Allah siapa sangka dialah penghuni syurga.

OLEH ITU, rakan-rakan serta diri saya sendiri, marilah kita hentikan budaya serta pemikiran yang menilai orang lain ini. 

Jangan sampai hari ini kita kutuk-kutuk seseorang itu dengan perilaku buruknya dan di akhirat kelak kita nampak orang yang kita kutuk tersebut di syurga melambai-lambai kepada kita yang berada di NE.....(tidak tergamak untuk menyebutnya). ***Sekadar Contoh***

KITA ADA CARA UNTUK MENASIHATI ORANG TERSEBUT DENGAN:

Oleh itu rakan-rakan, sejahat-seteruk-segila mana pun kawan kita, janganlah sesekali kita berfikiran bahawa ini budak jahat-budak tidak bermoral-budak yang x ada agama, kerana siapa tahu, RAKAN kita yang jahat itu darjatnya lebih tinggi di sisi Allah sedangkan kita yang kononnya baik ini belum tentu pengakhirannya.

sekadar tulisan di masa terluang. 



0 comments:

Post a Comment